Thursday, 25 August 2011

Entri 2: Si Duyuk

Assalamualaikum,

Beberapa hari lalu, saya dan Cik Isteri terjumpa seekor anak kucing di tengah jalan. Anak kucing itu kecil sahaja saiznya. Sungguh kecil! Maka, kami telah memanggilnya, Si Duyuk (Apa kena mengena? Haha!).

Pada asalnya, Si Duyuk sangat lemah badannya. Kami membawanya ke klinik haiwan, namun tutup pula. Mahu tidak mahu, kami terpaksa membawa dia pulang ke rumah. Secara rahsia, kami telah membawa Si Duyuk ke bilik. Malah, kami terus sahaja meletakkan Si Duyuk ke dalam bakul pakaian. Haha! 

Kami telah memberi makanan dan minuman kepada Si Duyuk yang kasihan. Mulanya dia seperti malu-malu mahu makan, namun akhirnya dia telah makan dengan gelojoh. Saya dan Cik Isteri tersenyum bangga kerana berjaya membuatkan dia makan. Hahahahahahahahahahaha! Okey, macam dah over sedikit.

Okeylah, lain kali saya akan sambung cerita fasal Si Duyuk. Bye!


3 comments:

icha said...

Sudah mula suka pada kucing kah?

Nazry Salam said...

Ya! ^_____^

(One) SiTi* said...

hahahaha....

duyuk ke, ingatkan dayak..
bari je kebumikan anak kucing yg meninggal..
sedih..
x dpt selamatkan dia & siblings..
jaga duyuk baik2..
bagi dia makanan berkhasiat banyak2, bg gemuk!

:)